i miei seguaci

8 Feb 2013

andai ini nafas terakhir???

Ya Allah,
andai hari ini hari terakhir aku,
maafkanlah segala dosa hamba Mu yang hina ini..
hamba ini mungkin sangat berdosa di sisi Mu,
sangat kotor di pandangan Mu..
terimalah taubatku wahai Yang Maha Pengampun..
sesungguhnya hanya Engkau tempat kami memohon keampunan..
sesungguhnya hanya Engkau yang layak menilai kami..

Ya Allah,
andai waktu ini waktu terakhir aku,
Kau lindungilah keluargaku sebagaimana mereka menjagaku..
Kau bahagiakanlah mereka sebagaimana mereka menyayangiku..
Kau tabahkanlah hati mereka untuk menerima pemergianku nanti..
Kau lembutkan hati mereka untuk memaafkan segala khilafku..
sesungguhnya hanya Engkau satu-satunya Maha Melindungi..
sesungguhnya hanya Engkau berkuasa atas segala kejadian..

Ya Allah,
andai detik ini detik terakhir aku,
peliharalah mereka-mereka yang aku sayangi..
termasuk si dia yang ku harapkan sebagai bakal imamku..
cekalkanlah hatinya untuk setiap dugaan hidup ini..
jagalah dia seperti dia menjaga aku dalam setiap langkah..
lindungi dia dari segala kemusnahan dunia..
bantulah dia menyinari sinar keimanannya sebagaimana dia membimbingku menuju jalan Mu..
kerana mengenalinya telah membantu aku mengenali dirimu dengan lebih rapat..
semoga dia ditemukan dengan wanita yang lebih baik untuk menjaganya..
sesungguhnya Engkau yang satu pemilik hati hambamu..
sesungguhnya Engkau yang berkuasa untuk seseorang itu mencintai..

Ya Allah,
jika benar apa yang aku jangkakan,
segalanya telah Engkau tulis..
ajal,jodoh,pertemuan,kehidupan,telah Engkau tetapkan buatku..
akan begitu,sejuta keampunan amat ku harapkan dari Mu yang satu..
segala dosa yang telah mengotori diri ini, ku mohon keampunan dari Mu sebelum aku di ambil pergi..
kerana sikit pun aku tidak sanggup menghuni neraka Mu..
tetapi, akankah diri ini layak menempati syurga Mu??
namun suci atau hinanya aku, semua di pandangan Mu..
jika azab pedih itu yang layak buatku, berikan aku peluang memohon keampunan sebelum aku pergi menghadap Mu..
sesungguhnya Engkau maha penerima taubat..
Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..

_hanya redhaMu ku dambakan_

25 Jan 2013

diari hati sahabat


mungkin saya banyak buat silap..saya juga manusia biasa..saya tak sempurna seperti yang di harapkan..tapi saya ada hati dan perasaan yang perlu dijaga..seperti awak,saya tak bersih dari segala dosa..saya harap awak sedar akan silap awak dalam melayani saya..saya tak mampu jadi seperti awak yang mungkin awak rasa sempurna..pandanglah kebaikkan saya berbanding keburukkan saya..sejahat saya,ada juga baiknya..

bukannya saya berbangga diri,tapi jika orang lain boleh melihat baik saya,kenapa harus awak persoalkan setiap keburukkan saya??
bukannya saya membenci awak,tapi jika awak sesuka hati menilai saya,kenapa awak dilahirkan sebagai manusia biasa macam saya??

awak juga seperti saya..awak punya dosa yang tak pernah saya persoalkan..
saya juga seperti awak..saya ada baik yang mungkin awak tak pernah lihat..

ingin saya katakan sekali lagi, bukan saya melihat diri saya dalam keadaan yang sempurna dan suci,tapi saya nak awak sedar,jahat saya yang awak pandang,tak berrerti awak mulia di sisi Allah..awak tak layak menilai saya di dunia ini,kerana semuanya milik Allah termasuk dosa dan pahala..

“tidak ada insan suci yang tak ada masa silam,tidak ada insan berdosa yang tak ada masa depan”-petikan novel Sehingga Hujung Nyawa

11 Dec 2012

srikandi tauladan-SUMAYYAH

assalamualaikum..tadi teringat lagu2 srikandi islam..terjumpa lagu sumayyah dan tengok lirik sangat menarik..then baca riwayat hidup beliau di internet..alhamdulillah, memberikan cik nur rasa untuk baiki diri ini menjadi lebih baik..insya-Allah..jom baca.. ^_^

Sumayyah - Syahid Islam yang pertama

Kafilah dari Yaman itu sudah seharian berjalan merentasi padang pasir untuk ke Mekah. Banyak barang dagangan yang dibawa untuk urusan niaga di Kaabah yang terkenal. Tiga beradik dari Bani Qahtan, al-Haris, Malik dan Yasir turut berada dalam kafilah tersebut. Mereka tiada niat untuk berdagang tetapi mahu mencari seorang saudara yang hilang. Jauh di sudut hati mereka berharap untuk bertemu saudara yang hilang itu di Mekah kerana kota itu terkenal sebagai tempat pertemuan semua kaum Arab.

Kedatangan kafilah dagang itu disambut meriah oleh penduduk Quraisy Mekah. Tiga beradik itu pun berpisah dari kafilah. Mereka meneroka seluruh kota Mekah untuk mencari saudara yang hilang. Yasir yang tajam pengamatan terpesona dengan kemakmuran Mekah. Saudara yang dicari tidak ditemui, sebaliknya dia mengambil keputusan untuk menetap di sana. Berpisahlah anak muda itu daripada dua orang saudaranya apabila mereka mengambil keputusan untuk balik semula ke Yaman.

Yasir sebatang kara di Mekah. Corak masyarakat Mekah yang mengamalkan gaya hidup kesukuan begitu mencabar bagi anak dagang sepertinya. Di Tanah Arab ketika itu, hanya yang kuat mendapat tempat dan yang miskin akan dihambai. Yasir terpaksa meminta perlindungan daripada suku Bani Makhzum dan hidup di bawah naungan orang kaya, Abu Huzaifah al-Mughirah.

Lama hidup bertuankan Abu Huzaifah, Yasir dikahwinkan dengan seorang hamba perempuan milik tuannya itu, bernama Sumayyah Khayyat. Pasangan ini hidup bahagia dan beroleh dua cahaya mata lelaki, Ammar dan Ubaidillah. Masa berlalu. Usia anak-anak menginjak dewasa. Pasangan Yasir dan Sumayyah juga semakin tua.

Ketika inilah Islam menampakkan sinar di kota Mekah. Agama yang dibawa oleh al-Amin Muhammad s.a.w ini menarik perhatian seluruh isi kota. Bagi masyarakat bangsawan Quraisy yang menyembah Lata dan Uzza (nama berhala sembahan), kemunculan agama baru adalah pengkhianatan kepada tradisi nenek moyang. Namun bagi masyarakat kelas bawahan, Islam adalah dimensi baru bagi mereka kerana agama itu antaranya, menyeru kepada mengesakan Yang Satu dan menolak perbezaan kelas.

Ammar antara orang yang tertarik kepada ajaran itu. Dia mengumpul banyak pemikiran baru mengenai agama yang menjadi bualan ramai di kota. Perasaan ingin tahu menarik pemuda itu ke rumah al-Arqam, yang menjadi markas Rasulullah menyampaikan dakwah. Dia mengetepikan rasa bimbang jika langkahnya dijejaki oleh orang Quraisy. Ajaran Rasulullah benar-benar berkesan dan sebaik-baik melangkah keluar dari rumah al-Arqam, Ammar sudah menjadi seorang muslim!

Pemuda itu kembali ke rumah dengan dada lapang. Dia menceritakan kepada ibu bapanya mengenai pengalaman hebatnya itu. Dia berdakwah pula kepada mereka mengenai erti Islam dan mengajak orang tua itu mengikut jejak langkahnya. Akhirnya Yasir dan Sumayyah bersetuju dan kedua-duanya memeluk Islam.

Bermulalah lembaran baru dalam hidup Yasir dan Sumayyah. Sumayyah adalah orang ketujuh yang memeluk Islam. Berada dalam naungan Islam, dia merasakan kelazatan iman dan kekuatan pegangan. Mereka sekeluarga sedar risiko jika hal itu diketahui oleh suku Bani Makhzum. Tetapi mereka tidak takut, sebaliknya terang-terangan mengumumkan pengislaman mereka.

Suku Bani Makhzum menerima berita itu dengan perasaan terperanjat dan marah. Sumayyah sekeluarga ditangkap dan diseksa. Mereka dijemur di padang pasir yang panas menyengat. Sumayyah diletakkan batu besar di dadanya. Dia dipaksa supaya keluar dari Islam dengan segera. Tetapi wanita itu tidak berganjak daripada keputusannya. Sebaliknya bibirnya teguh melafazkan kata-kata, “ahad, ahad, ahad...” (bermaksud Allah Yang Satu).

Rasulullah sendiri pernah melintasi tempat Sumayyah sekeluarga diseksa. Baginda begitu bersimpati. Ramai juga kalangan orang kota yang bersimpati tetapi mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana sudah diancam oleh suku Bani Makhzum. Tetapi Rasulullah selalu meniupkan semangat Sumayyah sekeluarga dengan berkata, “Bersabarlah wahai keluarga Yasir. Sesungguhnya janji kamu nanti adalah di syurga.”

Sumayyah mendengar seruan Rasulullah. Imannya semakin kuat dan yakin. Kewibawaannya terserlah. Dengan yakin dia membalas, “Aku bersaksi bahawa engkau adalah pesuruh Allah dan aku bersaksi bahawa janjimu benar.”

Namun Sumayyah hanya seorang wanita. Dalam usianya yang semakin lanjut, kekuatan tubuhnya tidak sekuat mana. Bagaimanapun ketabahannya untuk terus bertahan di tengah panas itu mengagumkan ramai orang. Sekali gus hal ini mencabar kesombongan suku Bani Makhzum. Menjadikan mereka lebih sakit hati dan benci.

Abu Jahal datang menunjukkan wajah angkuhnya di hadapan Sumayyah. Wanita tua itu dipujuk supaya menyerah kalah. Tetapi Sumayyah walaupun dalam tubuh yang tidak bermaya enggan berganjak daripada keputusannya. “Ahad, ahad, ahad...” kalimah itu terus meniti di bibir Sumayyah.

Ungkapan itu melukakan ego Abu Jahal dan menaikkan keberangannya. Dia hilang sabar lalu mencabut pedang bengkoknya dan menikam bahagian pangkal hati Sumayyah. Di situ juga Sumayyah terkorban. Dia menjadi orang pertama yang mati syahid pada zaman sebelum hijrah ketika agama Islam belum mendapat tempat di kalangan masyarakat Mekah. Selain itu, suaminya Yasir juga terkorban.

Penderitaan Sumayyah dikenang seluruh masyarakat Islam. Dia dianggap simbol pengorbanan orang Islam yang tidak gentar kepada ugutan dan kematian kerana menegakkan Islam. Hari demi hari, Islam semakin diterima ramai. Penghijrahan orang Islam ke Yathrib (Madinah) membuka era baru dalam dakwah Rasulullah. Umat Islam semakin kuat dan dalam Perang Badar, pembunuh Sumayyah iaitu Abu Jahal menemui maut. Rasulullah menemui Ammar dan berkata kepada anak muda itu, “Allah telah membunuh si pembunuh ibumu...” Ammar sebak tetapi dia tahu ibunya pasti selamat di syurga.

Sumber: http://www.mymasjid.com.my

*********************

Tajuk: Sumayyah
Kumpulan: Hijjaz

Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan
Tetapi hati-mu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah

Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah

25 Oct 2012

senyum walaupun sakit

ujian datang lagi..yang buruk dari manusia,yang baik dari Allah..namun segala yang telah terjadi,ku percaya ada hikmahnya..sesungguhnya perancangan Allah itu adalah lebih baik..dengan itu,segala keputusan telah aku terima dengan berlapang dada dan penuh sabar..ALHAMDULILLAH..walau hakikatnya ia agak memeritkan,tapi semua tu aku jadikan pengajaran..yang kita sayangi dan kita cintai,tak semestinya kita kena memiliki..kan..ada kala,di suatu episod,kita harus melepaskan sesuatu yang kita sayangi untuk kebaikan orang lain..itu namanya berkorban..hidup ni tak manis kalau selalu menerima,ada waktu kita kena memberi bersama pengorbanan..dan pemberian kita itu,mungkin adalah kebaikan untuk orang lain..hati pasti bahagia bila melihat orang lain bahagia atas pemberian kita..walaupun kadang2 kebahagiaan orang lain tu memeritkan hati kita untuk melihat,namun itulah hakikatnya..kita selalu diajar untuk merasai kebahagiaan sendiri,tapi kita lupa..kadang2 kebahagiaan orang lain juga membuatkan kita turut merasa bahagia..

berfikiran positif adalah lebih baik bila kita berhadapan dengan sesuatu yang menyakitkan..ianya untuk mengelakkan diri kita dari terus terluka dengan sia2..

so,kan lebih baik positif selalu..jiwa tenang,hati pun senang..tak semestinya benda buruk ja yang akan kita lalui..pasti ada kegembiraan yang terselit di sebaliknya,yang akan kita ketahui di esok hari..Allah tu Maha Adil..Dia takkan selalu biarkan hambaNya menangis..percayalah,hari ni kita menangis,esok kita pasti akan tersenyum semula..

salam cinta,
cik aty...

19 Oct 2012

"ABAH"

di waktu itu,
aku melihat penat lelahnya..
aku melihat peluhnya mengalir..
aku melihat bibirnya tersenyum..

di saat nyenyak tidurku,
di saat lenanya mataku,
di saat selesanya tubuhku,
seorang yang ku gelarkan "abah",
gigih berkerja di siang hari..

penat lelahnya,
peluh kasihnya,
senyum bibirnya,
benar-benar membuatkan aku tersentuh..

biarpun sakit,
biarpun payah,
biarpun letih,
tulang empat keratnya tetap gigih..

walaupun dia tahu dia perlu berehat,
namun masa rehatnya lebih kepada keselesaan anak-anak..

berkerja,membanting tulang,mencari sesuap nasi,
itulah kekuatan insan yang bergelar "abah"..

letihnya dia,tak pernah ku dengar keluhan..
sakitnya dia,tak pernah ku dengar tangisan..

dia hanya tahu tersenyum walau dia penat..
dia hanya tahu menahan walau dia sakit..

abah,
pengorbananmu tidak ternilai harganya..
kasih sayangmu tidak terbeli di mana-mana..

abah,
ku panjatkan selalu doa buatmu..
terima kasih atas segalanya..

11 Oct 2012

kisah hati


DULU.......
“Hati membisik,aku harus melepaskannya..lupakan dia di saat dia meminggirkan diriku..lepaskan semua kenangan..hapuskan segala impian..namun jiwa ini tak mampu melupakannya walau sedetik pun..berikan aku sesaat saja untuk memadamkan dia dari ingatanku,ternyata aku tak bisa..dia selalu hadir mengisi kekosongan,datang mengisi kerinduan..dan dia yang ku dambakan..dan nyata aku tak mampu membiarkan dia pergi..tapi apa dayaku,sikapnya seolah-olah menunjukkan kehendaknya,yakni meminta aku melepaskan dia pergi..di suatu sudut hati yang nyata,aku harus lakukan itu..melupakan dia yang sudah tidak perlukan aku..tapi di suatu sudut hati yang dalam,aku tak sanggup..menyayanginya adalah perkara hebat bagiku..dan aku masih bersabar..”

KINI.......
Segalanya telah menunjukkan realiti perhubungan aku dan dia..ditemukan dia denganku hanya untuk sementara..terbina sebuah perasaan hanya untuk di dunia..perginya dia adalah buat selama-lamanya..belum sempat aku menyatakan maaf,dia mendahului aku..meninggalkan nikmat dunia yang enak,dan telah kembali kepada penciptanya yang kekal abadi..segala perasaan hampa dan luka,ku lontarkan jauh perasaan itu,demi ingin mengubati luka hati ini..biarpun luka,sikit pun tidak lagi tersimpan dendam atau benci..pemergiannya cukup untuk menyatakan,sekalipun aku dan dia bahagia dulu,kami tetap tak ada jodoh..semoga tenang dia disana..walaupun pertemuan di dunia hanya seketika,terkesan juga segala nasihat darinya yang akan ku ingati sampai bila-bila..kini,mengenalinya tidak lagi ku sesali..semuanya telah berlalu,dan aku kini tanpa dia....semoga segala luka dihati ku,telah terkubur,dan buat dia di sana,semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AL-FATEHAH..

KakiBlog